Sunday, June 19, 2011

Go MALAYSIA Go

Assalamualaikum, maaf, lama tak update blog.
1) Sebenarnya tak tahu nak update pasal apa? Tiada IDEA bernas
2) M.A.L.A.S. (ini PENYAKIT paling bahaya dalam diri mosyad)
3) Banyak problem sebagai manusia, dalam otak ni.. hahaha

Dalam banyak-banyak problem pom, mosyad sempat menyibukkan diri dengan bola.
::BOLA SEPAK::

Ini yang ambo nak berKongSi ni.. hahaha
Baru-baru ni skuad bola sepak Piala Dunia Malaysia dan Myammar mengadakan perlawanan persahabatan di Kota Bharu, Hari Sabtu lalu, 18hb June 2011, di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, (SSMIV). Malaysia menang 2-0.

Walaupun, mosyad tak  berkesempatan ke stadium, tapi tengok kat rumah pun jadi. Tengok bersama keluarga. Thumb up! to supporter. Penuh stadium kitoOOOow male tuh.


Pada hari Jumaat, pukul 3.00 petang ada sidang akhbar Pra-perlawanan Persahabatan Piala Dunia, malaysia lawan Myammar, di KB Mall. ramai gak yang hadir, berjersi Harimau Malaya dan The Red Warriors.

Ketibaan Skuad Harimau Malaya di KB Mall

Datuk K. Rajagobal dan Tan Sri Panglima haji Annuar bin Haji Musa

Holding Midfielder Malaysia, Amar

M.A.L.A.Y.S.I.A

Sesi perkenalan skuad

bersama STRIKER Malaysia dan Terengganu, Abdul Hadi

S. Chanturu, WINGER Malaysia dan TRW

Siapakah beliau? aku pun tak tau

Time ni, gua cuba bidang kan dada, ingatkan boleh jadi sama tinggi dengan Ashaari

Kepala budak mana ni? Kacau betoool la..

Nama popular "BADD"


bersama Baddrol Bakhtiar, SECOND STRIKER Malaysia
Tan Sri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

hahahahaha, Abe Jali Salam Pantai Timur pun ada?

p/s: rambut tak sempat nak setting.


>>>>> ini MOMENT paling best!!!!!

Temu ramah bersama Nadi Arena
Maaf, kualiti, record kat tv kat rumah.

HAKHAKHAK, mosyad masuk berita Nadi Arena, Astro801. (^^,)

Saturday, June 4, 2011

:: UPDATE :: button LIKE

sila Like dulu

DAH Like KE BELUM?

Logo di atas ni sudah lama mosyad cari tau, macam mana nak letak button "Like"
macam mana nak letak button "Like"
macam mana nak letak button "Like"
macam mana nak letak button "Like"
macam mana nak letak button "Like"

Dah macam angau dah. Akhirnya berjaya gak buat. Terima kasih kepada yang membantu.
follow link blog di bawah, ok.

Credit topup to the owner of: 


Inilah link yang mOSyAD maksud kan



p/s: Sila Like


Thursday, June 2, 2011

JUN oh JUN (2011)


ini muka selesema biasa.. bukan H1N1 tau

Assalamualaikum, selamat hari Jumaat. (",) awal bulan Jun 2011 mungkin sibuk sikit di rumah ni, tambahan pula ada Wedding Ceremony orang putih cakap. Tahniah kepada abangku, Amir Syarifuddin kerana bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunang dia, takkan tunang orang lain pulak! adoyai..

Yang tak bestnye, awal Jun baru baru ni, 01hb Jun 2011, mosyad diserang selesema, teruk muka mosyad kan! mata pom merah merah. (@_@)
<<< lihat gambar diatas.>>
Ma pun dah mula membebel suruh mosyad pergi potong rambut bagi kemas, tapi mosyad tak mao sebab nak simpan bagi panjang, nak beRAYA AIDIL ADHA dengan rambut ikal mayang ni. i'm sorry!

ce teka apakah nama makanan di atas?

Ore KELATE panggil "krhako aye" (cuba sebut para follower dan pembaca sekalian).
Setiap Hari Rabu ada event Pasar Malam kat bandar Pasir Mas. Seperti minggu lepas, mosyad dan adik bongsu, Fatin Amani a.k.a Abby, ke pasar malam. dengan selesema, mosyad mengagahi kaki ke sana.
Ya ALLAH, ramai yang amat orang kat sana. Minggu lepas bukan main lenggang lagi laluan  pasar malam.
"Maybe sebab minggu ni takde game bola kot, tu yang ramai", kata ku kepada Abby.
Sebab minggu lepas ada match antara Kelantan lawan T-Team.

Kami beli apa yang patut, dan vROOm!!!!! memecut pulang, nak mengejar cerita Nora Elena pukul 7.


p/s: doakan kesihatan mOsYAd ek! Semoga ALLAH S.W.T menjauhi kita dari bahaya. AMIN

Monday, May 30, 2011

Nephew n Niece

nama saya Aqeel

DAN saya suka bergambar

Sarah

Candid Sarah... hihihi

erk!!!! yang ni Sarah amik gambar Ayoh Po

Ini aktiviti di rumah. hohoho ~~, a lot of kids, yang den paling tak tahan Sarah suh bergambar dgn Pingu dan Ultraman.

Banyak gak la aktiviti anak-anak buah den ni. Dan kalau dah nama nya budak kecik, susah nak handle, plus2x yang HYPERACTIVE. Kalau sorang takpe la, ni ramai.

5Lelaki + 2Lelaki + 1Lelaki + 2 Perempuan + 1Perempuan + 1Lelaki + 2 Lelaki
= 11Lelaki 3Perempuan @ 14orang semuanya.

ini buat masa sekarang. Masa akan datang? Ramai lagi adik beradik yang tak berkahwin.


ini MAGIC a.k.a ILMU HITAM budak budak zaman sekarang.


Yang ni best bro!



p/s: TAHNIAH kepada Kak Liley dan keluarga atas kelahiran putera kedua. Danish dapat adik!!!!

SELANGOR 1-5 KELANTAN

Selepas selesai exam semester 4, aku tak balik lagi, sebab nak menyetelkan hal-hal dan barang di Shah Alam. Semester 5 pelajar Human Resource (BM 223) pindah ke UiTM Puncak Alam, menara gading yang baru ni. (",)

ini bukan jersi AWAY kelate.
tapi... tapi handwriting tu boh.

inilah jersi LOCAL ambo beli
yang berbaju merah tu Amillah - status berKAHWIN. huahuahua
Pada tarikh 13 Mei 2011, ada game bola, Piala FA, antara selangor (home), lawan kelantan (away). Aku menyertai kawan sekolah ku dulu, nama Amillah, ke Stadium Shah Alam. PERGH!! yang amat, ramai giler manusia. time poket kosong, kewngan terdesak, aku berjaya juga beli jersi The Red Warriors! wane putih. Made in LOCAL. harga Ringgit Malaysia 28. Kalau dalam dialek kelate gak "duo puluh lape ya"


time ni Kelantan tengah menahan asakan serangan pasukan Selangor!

Ramai tak penyokong The Red Warriors?
macam kitaorg lak home


perasan tak abang tu muka macam sape? Safee Sali? SALAH.

macam Mat Yo.
tak kenal? NorShahrul Idlan Talaha. search google image cepat



jom main ombak ombak


hasilnya: 90 minit masa perlawanan tammat. The Red Giant 1-5 The Red Warriors

p/s: GOMO KELATE GOMO

Zaman Sekolah Dulu-dulu

TAHUN 2005 - kelas 5 SAINS 2

Assalamualaikum cikgu…
Hahaha, inilah ucapan pembukaan sesi persekolahan tiap-tiap pagi. Umur dah meningkat ni tiba-tiba teringat zaman persekolahan.
Malas bangun pagi.
Beratur di perhimpunan tiap pagi Ahad.
Tak siap kerja sekolah yang diberi oleh cikgu.
Ponteng kelas Fardhu Ain.
Kadang-kadang seronok bila pergi sekolah ni, dapat kenal kawan-kawan baru, buat bising dalam kelas, serius seronok! Jadi budak baik bila kelas Pendidikan Agama Islam (PAI). Belajar bab kahwin yang seronok, akad nikah, cerai taklik, time tu ada la berangan nak kahwin dengan budak sebelah meja sana. Ehem! Ehem! (“,)
Subjek paling TIDAK disukai, mestilah Matematik Tambahan atau nama popularnya “Add Math”. Tapi orang luar (kawan-kawan universiti yang asal KL) dia orang panggil “Math Tamb”. Kali pertama dengar, terkesima gak aku kejap! Hahaha, apa-apa je la, yang pasti aku dapat keputusan 8E dalam subjek Add Math tu masa SPM. Kalau tahu tak kredit, baik failed je subjek tu, comey sikit slip SPM aku. :(
Dan aku rasa la, zaman kanak-kanak dan remaja adalah yang paling seronok!
p/s: One person like this!

Kisah Aku, Duit, dan Motor Yamaha Lagenda

JHB 7680 - "ini nombor plat motor saya"
korang jangan ni wat ngangkung lak

“Abah! Ipo nak motor, mudah sikit bergerak ke sana ke sini, untuk ke kelas”, pinta ku kepada abah kesayangan ku.
Erm, …” Jawapan abah kepada permintaan ku.
Seminggu lepas tu, truuuut! Truuuuut! Nokia 3200 berbunyi.
“Assalamualaikum abah, ipo ni”, jawab ku.
“Waalaikumussalam. Ipo nak motor apa? Abah beli Yamaha Lagenda, ok?” tanya abah kepada ku.
“Beli je la, ipo ok je, lagipun nak pergi ke kelas je” jawabku lagi (dalam hati YES! akhirnya.)
Dua minggu lepas tu, abah ku hantar motor ke Kuantan dengan lori. Masa itu aku belajar di Kolej Shahputra. Tiada tandingan! (Aku rasa Tiada Pilihan bukan Tiada Tandingan). Hahahaha, (“,) Terima kasih puan, cik, tuan pensyarah yang mengajar aku dan rakan-rakan seperjuangan ku. Merçi beaucoup! Berbalik kepada cerita, mulai hari tu, bermulalah kisah aku dan kekasih baru ku ‘Yamaha Lagenda’ JHB 7680.
Peristiwa di atas berlaku sesi Jun-Nov tahun 2007, semester 3. Sudah hampir 4tahun, kisaha aku dan Yamaha Lagenda JHB 7680 ni kan! Setia tak aku? Hahaha, mestilah SETIA! (“,)
Buruk mana pun motor ini, ku tak pernah berpaling arah. Walaupun orang selalu cakap motor “secondhand”, bukan baru tapi ni hadiah abah ku kepada anak lelakinya yang ke-5, untuk ku belajar. Tiba-tiba teringat kepada lagu “kereta kancil warna merah”.
“Papaku belikan kereta, kereta kancil warna merah, bolehku bawa ke sekolah..”
Banyak dugaan bersama motor Yamaha Lagenda ni, pengalaman eksiden, jatuh, tolak motor sebab habis minyak, kena tahan dengan abang-abang JPJ, pak cik misai polis trafik. Apa pun aku sayang motor Lagenda merah.
Dah beribu duit habis untuk motor ni, mula-mula tukar “sport rim” (“,) tengok rakan-rakan tukar sport rim, aku tukar jugak, pilih punya pilih, sport rim merah berbentuk logo Yamaha aku pilih.
Lepas habis pengajian diploma di Kolej Shahputra, motor Yamaha Legenda ini ku bawa merantau ke Shah Alam, bersama-sama lagi meneruskan cita-cita Ijazah ku, kali ni aku menyambung Ijazah Pengurusan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP), UiTM Shah Alam.
02/01/2010, aku mendaftar sebagai pelajar bernombor 2009703267. Cuba periksa dengan UiTM kalau tak percaya, hahaha, (“,). Kawan baru, persekitaran baru, awek je masih tak hadir lagi. Tempat pengajian induk Shah Alam ni sangat besar, dan keperluan motor sangat diperlukan dalam memudahkan urusan perjalanan ke kelas. Jadi, aku pun membawa motor Yamaha Lagenda merah bersama-sama berpindah dari Kuantan ke Shah Alam.
Keadaan jalan raya dalam UiTM mahupun kawasan Shah Alam amat mengecewakan aku, dengan hebahan media semasa, elektronik dan massa berkenaan kemajuan Selangor, dengan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Kualiti jalan raya aku rasa jalan raya kampung dengan sini sama, tiada bezanya. Realiti amat berbeza dari cerita-cerita rekaan akhbar. Hampeh! Hasil jalan raya yang teruk memyebabkan motor aku banyak “sakit-sakit” dan aku sebagai tuan punya amat banyaklah mengeluarkan “duit rawatan” bagi membaik pulih kerosakan.
“Overhaul engine” habis RM600, tapi rasanya tak banyak berubah pun enjin tu, tukar “cover set” motor, tayar, habis RM300, dan yang paling mengecewakan aku apabila baru-baru ni sistem elektronik motor rosak! Tukar bateri, CDI, API, plug, memyebabkan lagi RM500 melayang.
p/s: Untuk Yamaha Lagenda ku sayang, tolong jangan buat hal lagi lepas ni. (“,) Untuk duit yang banyak mengalir macam air bocor, ada REZEKI kita jumpa lagi.
**kadang-kadang terlintas dalam fikiran, lepas ni apa pula dugaan yang akan mendatang.
Nukilan: mOsYAd