Friday, October 12, 2012

Kenangan Zaman Persekolahan

Assalamualaikum,

Lama tak membuka blogspot, tak pandai nak berkongsi cerita sebenarnya.
Sebagai manusia biasa, semua orang ada impian, cita+cita.
Teringat pula aku kepada zaman persekolahan dulu-dulu.
Adakah sama dengan budak-budak zaman sekarang?

Sedikit berkongsi kenangan yang masih jelas+kemas tersemat di ingatan

Kepada sesiapa yang pernah bersekolah rendah, kompem pernah di tanya oleh guru, cikgu kelas berkenaan impian dan cita-cita.

"Murid-murid, nanti besar, kamu nak jadi apa?"

Naik sekolah menengah, cikgu tanya lagi kepada pelajar dalam kelas.
Hampir setiap tahun, setiap tingkatan.

"Khairul Syamim (bukan nama sebenar), sila bangun!!! Apa kamu akan buat dengan hidup kamu 10 tahun lagi?"

Suasana kelas sekolah rendah - carian Google Image

Cuba imbas semula, apakah jawapan yang korang jawab kepada pertanyaan ex cikgu-cikgu sekolah dulu.
Antara senarai cita-cita yang popular di kalangan murid-murid.

"Cikgu!"
"Polis!"
"Doktor"

Yang bab 10 tahun mendatang tu, apa kamu nak jadi?
Kadang-kadang apabila teringat semula suasana dalam kelas tu (aku pun lupa apa yang aku jawab dulu).

Apa yang best masa sekolah dulu?
Hari Ko-Kurikulum? (Lumba lari)
Hari Guru? (Pantun Guru ku)
Mata pelajaran paling disukai? (Pendidikan Agama Islam+Sejarah)
Mata pelajaran paling meluat? (Matematik+Matematik Tambahan) 
Biologi? Hmmmmmmm :-) hahahhahaha

Cuba cari yang mana 1 SAYA?

p/s: .........................................................................................................................................
       terima kasih CIKGU+KAWAN atas MEMORI, KENANGAN, ILMU kemas di simpan dalam    ingatan.
       MAAF di pinta jika ada SALAH dan SILAP.

Ikhlas,
Mohd Syaiful Adli Bin Abdullah

No comments:

Post a Comment