Monday, May 30, 2011

Nephew n Niece

nama saya Aqeel

DAN saya suka bergambar

Sarah

Candid Sarah... hihihi

erk!!!! yang ni Sarah amik gambar Ayoh Po

Ini aktiviti di rumah. hohoho ~~, a lot of kids, yang den paling tak tahan Sarah suh bergambar dgn Pingu dan Ultraman.

Banyak gak la aktiviti anak-anak buah den ni. Dan kalau dah nama nya budak kecik, susah nak handle, plus2x yang HYPERACTIVE. Kalau sorang takpe la, ni ramai.

5Lelaki + 2Lelaki + 1Lelaki + 2 Perempuan + 1Perempuan + 1Lelaki + 2 Lelaki
= 11Lelaki 3Perempuan @ 14orang semuanya.

ini buat masa sekarang. Masa akan datang? Ramai lagi adik beradik yang tak berkahwin.


ini MAGIC a.k.a ILMU HITAM budak budak zaman sekarang.


Yang ni best bro!



p/s: TAHNIAH kepada Kak Liley dan keluarga atas kelahiran putera kedua. Danish dapat adik!!!!

SELANGOR 1-5 KELANTAN

Selepas selesai exam semester 4, aku tak balik lagi, sebab nak menyetelkan hal-hal dan barang di Shah Alam. Semester 5 pelajar Human Resource (BM 223) pindah ke UiTM Puncak Alam, menara gading yang baru ni. (",)

ini bukan jersi AWAY kelate.
tapi... tapi handwriting tu boh.

inilah jersi LOCAL ambo beli
yang berbaju merah tu Amillah - status berKAHWIN. huahuahua
Pada tarikh 13 Mei 2011, ada game bola, Piala FA, antara selangor (home), lawan kelantan (away). Aku menyertai kawan sekolah ku dulu, nama Amillah, ke Stadium Shah Alam. PERGH!! yang amat, ramai giler manusia. time poket kosong, kewngan terdesak, aku berjaya juga beli jersi The Red Warriors! wane putih. Made in LOCAL. harga Ringgit Malaysia 28. Kalau dalam dialek kelate gak "duo puluh lape ya"


time ni Kelantan tengah menahan asakan serangan pasukan Selangor!

Ramai tak penyokong The Red Warriors?
macam kitaorg lak home


perasan tak abang tu muka macam sape? Safee Sali? SALAH.

macam Mat Yo.
tak kenal? NorShahrul Idlan Talaha. search google image cepat



jom main ombak ombak


hasilnya: 90 minit masa perlawanan tammat. The Red Giant 1-5 The Red Warriors

p/s: GOMO KELATE GOMO

Zaman Sekolah Dulu-dulu

TAHUN 2005 - kelas 5 SAINS 2

Assalamualaikum cikgu…
Hahaha, inilah ucapan pembukaan sesi persekolahan tiap-tiap pagi. Umur dah meningkat ni tiba-tiba teringat zaman persekolahan.
Malas bangun pagi.
Beratur di perhimpunan tiap pagi Ahad.
Tak siap kerja sekolah yang diberi oleh cikgu.
Ponteng kelas Fardhu Ain.
Kadang-kadang seronok bila pergi sekolah ni, dapat kenal kawan-kawan baru, buat bising dalam kelas, serius seronok! Jadi budak baik bila kelas Pendidikan Agama Islam (PAI). Belajar bab kahwin yang seronok, akad nikah, cerai taklik, time tu ada la berangan nak kahwin dengan budak sebelah meja sana. Ehem! Ehem! (“,)
Subjek paling TIDAK disukai, mestilah Matematik Tambahan atau nama popularnya “Add Math”. Tapi orang luar (kawan-kawan universiti yang asal KL) dia orang panggil “Math Tamb”. Kali pertama dengar, terkesima gak aku kejap! Hahaha, apa-apa je la, yang pasti aku dapat keputusan 8E dalam subjek Add Math tu masa SPM. Kalau tahu tak kredit, baik failed je subjek tu, comey sikit slip SPM aku. :(
Dan aku rasa la, zaman kanak-kanak dan remaja adalah yang paling seronok!
p/s: One person like this!

Kisah Aku, Duit, dan Motor Yamaha Lagenda

JHB 7680 - "ini nombor plat motor saya"
korang jangan ni wat ngangkung lak

“Abah! Ipo nak motor, mudah sikit bergerak ke sana ke sini, untuk ke kelas”, pinta ku kepada abah kesayangan ku.
Erm, …” Jawapan abah kepada permintaan ku.
Seminggu lepas tu, truuuut! Truuuuut! Nokia 3200 berbunyi.
“Assalamualaikum abah, ipo ni”, jawab ku.
“Waalaikumussalam. Ipo nak motor apa? Abah beli Yamaha Lagenda, ok?” tanya abah kepada ku.
“Beli je la, ipo ok je, lagipun nak pergi ke kelas je” jawabku lagi (dalam hati YES! akhirnya.)
Dua minggu lepas tu, abah ku hantar motor ke Kuantan dengan lori. Masa itu aku belajar di Kolej Shahputra. Tiada tandingan! (Aku rasa Tiada Pilihan bukan Tiada Tandingan). Hahahaha, (“,) Terima kasih puan, cik, tuan pensyarah yang mengajar aku dan rakan-rakan seperjuangan ku. Merçi beaucoup! Berbalik kepada cerita, mulai hari tu, bermulalah kisah aku dan kekasih baru ku ‘Yamaha Lagenda’ JHB 7680.
Peristiwa di atas berlaku sesi Jun-Nov tahun 2007, semester 3. Sudah hampir 4tahun, kisaha aku dan Yamaha Lagenda JHB 7680 ni kan! Setia tak aku? Hahaha, mestilah SETIA! (“,)
Buruk mana pun motor ini, ku tak pernah berpaling arah. Walaupun orang selalu cakap motor “secondhand”, bukan baru tapi ni hadiah abah ku kepada anak lelakinya yang ke-5, untuk ku belajar. Tiba-tiba teringat kepada lagu “kereta kancil warna merah”.
“Papaku belikan kereta, kereta kancil warna merah, bolehku bawa ke sekolah..”
Banyak dugaan bersama motor Yamaha Lagenda ni, pengalaman eksiden, jatuh, tolak motor sebab habis minyak, kena tahan dengan abang-abang JPJ, pak cik misai polis trafik. Apa pun aku sayang motor Lagenda merah.
Dah beribu duit habis untuk motor ni, mula-mula tukar “sport rim” (“,) tengok rakan-rakan tukar sport rim, aku tukar jugak, pilih punya pilih, sport rim merah berbentuk logo Yamaha aku pilih.
Lepas habis pengajian diploma di Kolej Shahputra, motor Yamaha Legenda ini ku bawa merantau ke Shah Alam, bersama-sama lagi meneruskan cita-cita Ijazah ku, kali ni aku menyambung Ijazah Pengurusan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP), UiTM Shah Alam.
02/01/2010, aku mendaftar sebagai pelajar bernombor 2009703267. Cuba periksa dengan UiTM kalau tak percaya, hahaha, (“,). Kawan baru, persekitaran baru, awek je masih tak hadir lagi. Tempat pengajian induk Shah Alam ni sangat besar, dan keperluan motor sangat diperlukan dalam memudahkan urusan perjalanan ke kelas. Jadi, aku pun membawa motor Yamaha Lagenda merah bersama-sama berpindah dari Kuantan ke Shah Alam.
Keadaan jalan raya dalam UiTM mahupun kawasan Shah Alam amat mengecewakan aku, dengan hebahan media semasa, elektronik dan massa berkenaan kemajuan Selangor, dengan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Kualiti jalan raya aku rasa jalan raya kampung dengan sini sama, tiada bezanya. Realiti amat berbeza dari cerita-cerita rekaan akhbar. Hampeh! Hasil jalan raya yang teruk memyebabkan motor aku banyak “sakit-sakit” dan aku sebagai tuan punya amat banyaklah mengeluarkan “duit rawatan” bagi membaik pulih kerosakan.
“Overhaul engine” habis RM600, tapi rasanya tak banyak berubah pun enjin tu, tukar “cover set” motor, tayar, habis RM300, dan yang paling mengecewakan aku apabila baru-baru ni sistem elektronik motor rosak! Tukar bateri, CDI, API, plug, memyebabkan lagi RM500 melayang.
p/s: Untuk Yamaha Lagenda ku sayang, tolong jangan buat hal lagi lepas ni. (“,) Untuk duit yang banyak mengalir macam air bocor, ada REZEKI kita jumpa lagi.
**kadang-kadang terlintas dalam fikiran, lepas ni apa pula dugaan yang akan mendatang.
Nukilan: mOsYAd

2011 – BAHAGIAN 2

community service

bersama ImtiazZ

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua warga negara Malaysia dan bukan warga Malaysia.
OPKIM kembali lagi, sambungan bahagian 1, bahagian 2 ni nak bagi “description” pasal program anak-anak angkat UiTM ni. Semester 4 memang mencabar keupayaan fizikal para pelajar dimana kami dikehendaki menyertai modul ko-kurikulum berbentuk program kemasyarakatan. Berbanding semester-semester lepas, dimana pelajar tahun 2 semester 4 biasanya akan menjayakan modul berbentuk LDK, tetapi semester ni UiTM mengubah modul LDK dalam kelas menjadi modul anak angkat, luar dari kelas. Program anak angkat ini dikenali sebagai OPKIM.
Semester ini saya dipertanggungjawab mengurus program OPKIM, iaitu OPKIM PERDANA SELANGOR 2011, dengan kerjasama UMNO Selangor pada 11-13 Mac lalu. (Hehe, ketua ni., jangan jeles) Untuk program OPKIM ini, melibatkan sebanyak 35 DUN negeri Selangor, iaitu sebanyak 35 kumpulan kelas semester 4 FPP UiTM Shah Alam. Kawasan dun yang bertuah menjadi pilihan kami, ialah Dusun Tua.
Walau bagaimanapun, pelbagai masalah melanda sebelum tarikh kejadian. (Ce cite.. Ce cite..) Pada suatu pagi yang indah, kelas saya tengah hari, lepas pukul 2 tu, saya terima khabar yang saya terpilih mewakili kelas BM223/4A ke mesyuarat OPKIM, dan diberi penerangan bersama wakil-wakil kelas yang lain. Yang tak seronoknya, dia orang semua ada jumpa wakil dari DUN masing-masing. Saya dan 7 orang yang lain tiada wakil. Memang tak dapat la nak berbincang pasal aktiviti OPKIM tu. Nasib baik makanan disediakan sedap, bahagia perut menjamu selera (“,)
ISNIN minggu ketiga:
Dua minggu berlalu, hujung minggu depan dah nak berOPKIM nya. Nervous la, dengan wakil YB Dun Dusun Tua tak dapat nak hubungi. Saya terus pergi pejabat Timbalan Dekan FPP, Dr. Samad, dia yang bagi nombor telefon YB. Sebab saya tanya ketua penyelaras OPKIM, dia tiada no YB tu. Selepas hubungi YB, dia marah beritahu dia program ni last minutes. (Dalam hati, aku ke kena cakap kat dia? Patutnya pihak UMNO Selangor la) tahan je telinga kena marah! Sabar! Sabar!
SELASA minggu ketiga:
Selepas cakap elok-elok dengan YB, bagi butiran OPKIM, YB suruh telefon PA dia, habis kredit telefon. PA YB menolak pada mulanya kerana dia cakap YB ada program lain. Tapi pada sebelah malamnya pukul 11, truuut! truuut! Mesej masuk, “ni no fon ketua JKKKP” dari PA Tuan Hj. Yusuf
RABU minggu ketiga:
Bersama penolong ketua, setiausaha, bendahari yang comel, cantik, gojes, membantu menbuat tentatif, aktiviti. Siap program untuk OPKIM 3 hari 2 malam bermula Jumaat ni. Jam 5.30 petang, mesej masuk lagi, dari ketua penyelaras OPKIM PERDANA, “Syaiful, Dun awak boleh ambil 2 lagi group sbb YB kawasan mereka tidak menolak program opkim”. Oh TIDAK!!!
Tambahan 2 kumpulan lain menjadi jumlah pelajar seramai 105. Nasib baik pihak kampung Dusun Tua menerima kami, tapi tiada keluarga angkat, hanya tinggal di chalet. Dan ketua-ketua kumpulan memberi kerjasama yang baik, baik 2,3 hari sebelum OPKIM, semasa program OPKIM.
KHAMIS minggu ketiga:
Ke Dusun Tua, nasib baik 1 kelas je, buat surat pelepasan untuk kelas. Ketua JKKKP baik, siap belanja kami makan lagi. Terima kasih atuk (dia suruh panggil dia atuk)
JUMAAT, SABTU, AHAD minggu ketiga:
Program OPKIM PERDANA SELANGOR 2011 berjalan serentak di 35 DUN (padahal 33 DUN je)
p/s: Terima kasih bam, bella, dan kak syafa. Terima kasih para peserta yang memberi kerjasama yang amat baik! Merci beaucoup mes amis. (“,) dan TAHNIAH geng Retailer menang persembahan terbaik!

2011 – BAHAGIAN 1

kem Bina 1Malaysia


Dari laptop muzammer (http://www.facebook.com/profile.php?id=100000567591507), aku menulis nukilan tahun 2011, dan masih belum terlambat mengucapkan salam tahun baru, wish u all the best, tebaik dari ladang fikiran semua.
“ingat ya insan cemerlang datang dari akal yang waras, badan yang sihat, ingat tu kawan-kawan”
Tahun 2010 ditutup cemerlang dengan kemenangan Malaysia mengalahkan Indonesial dalam Piala Suzuki AFF, dan KFCM cemerlang (ur girl become popular immediately)
Tahun 2011 bemula cemerlang dalam kamus aku, no traffic jam along the journey from Kampong Gertak Serong (Bend Bridge Village) to Shah Alam. Walaupun begitu, ada yang terbabas sepanjang jalan, dengan Hilux, Wira, dan 2 motor kapcai bertembung dan tersadai pada 30hb Disember 2010. Hilux yang masuk longkang pun ada.
Hujung minggu pertama, aku dapat “invitation” untuk menyertai rombongan ke Pulau Pangkor, anjuran Persatuan HURES FBM UiTM Shah Alam. 3bintang dari 5bintang keseluruhan. Penginapan dan hidangan masa lapar resort Raudhiah @ Raudhah Camp kurang memuaskan, tetapi yang bestnye, ada part yang best, time snokeling, tapi RAHSIA! hahaha. dan, selepas pulang tu, kami “the HURESSIAN” become more closer each other, with get sisters, kak Syafa, kak Nab, bambam… hahahaha.
then, i get buy my BB!!!!!!! love u so much BB
Seminggu kemudian, Persatuan HURES sekali lagi, dengan kerjasama persatuan-persatuan lain dalam FBM (ringkasan bagi Faculty of Business Management) mengadakan program Anak Angkat-BINA 1MALAYSIA di Tanjung Karang, dan aku ganti tempat peserta lain, hahahaha. Melalui program ni, aku kenal lagi ramai kawan-kawan lain kursus dengan aku, ada marketing, finance, insurance, IBro. Dan yang paling seronok, aku dapat keluarga angkat, baik! aku paling bongsu ok! jangan cemburu buta.

Jadi, berhentilah dulu nukilan aku disini, 
p/s: take care all.

CUTI Bermulaaaaaaa


EXAM is Gone.. HOLIDAY is Coming…
What best about holiday?
this is best bro! ambo cuti 4 bule.. 
i can balik kampung.. boleh makan sedap-sedap.. (my mom recipes is delicious) hahaha, no wonder why my daddy falls in love with her. My holiday activities, as usually, give my hands to my daddy, helps him in finish the projects. haha, sounds like a lot of prijects to finish, right? But, i love to see him happy shouting to me and other brothers, complaining what i do is wrong and if there is no complaints, means i have a good job done. Along my study, even my Diploma, i had spent my holiday with this “jobs”, and still until now. i had started to go with the construction field during my very kid ages, with looking my eldest siblings helps my Daddy build other parts of my home sweet home, my sister house (beside my family home), PPR houses, and others. A lot to type.
The best parts of my CUTI is when all my sibling come back home, all gathering, there will a plan of activities to do together, spend time along, Family DAY, and makan-makan, my Chinese friend said it “MAKAN BESAR” or BBQ.
p/s: L.O.V.E u all, muahx!

LAMA TAK CONTENG-CONTENG.. .

lonely soldier girl >>> hihihi

I LOVE TO READ BLOGS!!! hihi, currently i have no ideas to conteng-conteng (write) in this blog…
My life become SUCKS, not Vampire Sucks, after the case of “Missing Lappy”
i trully miss it
Sometimes i have idea, a lot of ideas to write or be a topics to conteng-conteng. but, HATE IT. Because them always comes when i’m in my class… . :-) time tu tgah bosan dgr lecture from my lecturersXXX…
Sometime, i jelez to see other blog belonging to blogger… “kenapa la cantik diaorang hias blog diaorang, dengus hati kecil ku.”
Chaiyok!! Chaiyok!! support my blog, FRIENDS.

FUTSAL

Futsal is a game like a football which play with small number of people, 5 player including a goalkeeper. this game needs skills and speed. TOTALLY SPEED.
Early this semester i start to love to play futsal and it become one of my hobby now, at UiTM. Through plays futsal, i get know more friends, my seniors, that i can’t know during my learning session at faculty (because of us from different class and semester).
After missing my lappy in early of 3rd semester (Thursday, 29th July 2010), i have no idea to go through, and futsal helps me to settle down my stress and gain more confident to study this semester. At least i have to do something to forgot my lappy. It looks like when you get clash or break up with your lover. You needs to know someone else that new person to help you to settle down your sweet memories with your ex-love.
I donno how much i play futsal this semester and how much money i spend on it. But, i will make sure that each match i plays i will try my best to score, at least one goal to celebrate by myself. Hihihihi.
p/s: try this game boys, you will love it.
I’m Lovin’ It

Tuesday, May 3, 2011

iNi tentang SAYA dan aPa yang SAYA SUKA







Assalamualaikum pembuka bicara. Lama tak menulis dan lama berfikir saya nak mengePOST apa di blog ni? Hasilnya, idea datang, dan ia tentang hobi saya terhadap kewujudan internet, dan minat sya membaca artikel-artikel menarik di blog-blog lain. Lagipun, saya tak pandai bercerita.


Saya akan mengePOST artikel-artikel yang pernah saya baca dan menarik minat saya untuk membaca. ianya memberi motivasi kepada saya selama ini dan sekarang. Mungkin anda akan bermotivasi apabila membacanya. (",)

Nukilan: MOHD SYAIFUL ADLI BIN ABDULLAH