Monday, May 30, 2011

Zaman Sekolah Dulu-dulu

TAHUN 2005 - kelas 5 SAINS 2

Assalamualaikum cikgu…
Hahaha, inilah ucapan pembukaan sesi persekolahan tiap-tiap pagi. Umur dah meningkat ni tiba-tiba teringat zaman persekolahan.
Malas bangun pagi.
Beratur di perhimpunan tiap pagi Ahad.
Tak siap kerja sekolah yang diberi oleh cikgu.
Ponteng kelas Fardhu Ain.
Kadang-kadang seronok bila pergi sekolah ni, dapat kenal kawan-kawan baru, buat bising dalam kelas, serius seronok! Jadi budak baik bila kelas Pendidikan Agama Islam (PAI). Belajar bab kahwin yang seronok, akad nikah, cerai taklik, time tu ada la berangan nak kahwin dengan budak sebelah meja sana. Ehem! Ehem! (“,)
Subjek paling TIDAK disukai, mestilah Matematik Tambahan atau nama popularnya “Add Math”. Tapi orang luar (kawan-kawan universiti yang asal KL) dia orang panggil “Math Tamb”. Kali pertama dengar, terkesima gak aku kejap! Hahaha, apa-apa je la, yang pasti aku dapat keputusan 8E dalam subjek Add Math tu masa SPM. Kalau tahu tak kredit, baik failed je subjek tu, comey sikit slip SPM aku. :(
Dan aku rasa la, zaman kanak-kanak dan remaja adalah yang paling seronok!
p/s: One person like this!

No comments:

Post a Comment