Monday, May 30, 2011

Kisah Aku, Duit, dan Motor Yamaha Lagenda

JHB 7680 - "ini nombor plat motor saya"
korang jangan ni wat ngangkung lak

“Abah! Ipo nak motor, mudah sikit bergerak ke sana ke sini, untuk ke kelas”, pinta ku kepada abah kesayangan ku.
Erm, …” Jawapan abah kepada permintaan ku.
Seminggu lepas tu, truuuut! Truuuuut! Nokia 3200 berbunyi.
“Assalamualaikum abah, ipo ni”, jawab ku.
“Waalaikumussalam. Ipo nak motor apa? Abah beli Yamaha Lagenda, ok?” tanya abah kepada ku.
“Beli je la, ipo ok je, lagipun nak pergi ke kelas je” jawabku lagi (dalam hati YES! akhirnya.)
Dua minggu lepas tu, abah ku hantar motor ke Kuantan dengan lori. Masa itu aku belajar di Kolej Shahputra. Tiada tandingan! (Aku rasa Tiada Pilihan bukan Tiada Tandingan). Hahahaha, (“,) Terima kasih puan, cik, tuan pensyarah yang mengajar aku dan rakan-rakan seperjuangan ku. Merçi beaucoup! Berbalik kepada cerita, mulai hari tu, bermulalah kisah aku dan kekasih baru ku ‘Yamaha Lagenda’ JHB 7680.
Peristiwa di atas berlaku sesi Jun-Nov tahun 2007, semester 3. Sudah hampir 4tahun, kisaha aku dan Yamaha Lagenda JHB 7680 ni kan! Setia tak aku? Hahaha, mestilah SETIA! (“,)
Buruk mana pun motor ini, ku tak pernah berpaling arah. Walaupun orang selalu cakap motor “secondhand”, bukan baru tapi ni hadiah abah ku kepada anak lelakinya yang ke-5, untuk ku belajar. Tiba-tiba teringat kepada lagu “kereta kancil warna merah”.
“Papaku belikan kereta, kereta kancil warna merah, bolehku bawa ke sekolah..”
Banyak dugaan bersama motor Yamaha Lagenda ni, pengalaman eksiden, jatuh, tolak motor sebab habis minyak, kena tahan dengan abang-abang JPJ, pak cik misai polis trafik. Apa pun aku sayang motor Lagenda merah.
Dah beribu duit habis untuk motor ni, mula-mula tukar “sport rim” (“,) tengok rakan-rakan tukar sport rim, aku tukar jugak, pilih punya pilih, sport rim merah berbentuk logo Yamaha aku pilih.
Lepas habis pengajian diploma di Kolej Shahputra, motor Yamaha Legenda ini ku bawa merantau ke Shah Alam, bersama-sama lagi meneruskan cita-cita Ijazah ku, kali ni aku menyambung Ijazah Pengurusan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP), UiTM Shah Alam.
02/01/2010, aku mendaftar sebagai pelajar bernombor 2009703267. Cuba periksa dengan UiTM kalau tak percaya, hahaha, (“,). Kawan baru, persekitaran baru, awek je masih tak hadir lagi. Tempat pengajian induk Shah Alam ni sangat besar, dan keperluan motor sangat diperlukan dalam memudahkan urusan perjalanan ke kelas. Jadi, aku pun membawa motor Yamaha Lagenda merah bersama-sama berpindah dari Kuantan ke Shah Alam.
Keadaan jalan raya dalam UiTM mahupun kawasan Shah Alam amat mengecewakan aku, dengan hebahan media semasa, elektronik dan massa berkenaan kemajuan Selangor, dengan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Kualiti jalan raya aku rasa jalan raya kampung dengan sini sama, tiada bezanya. Realiti amat berbeza dari cerita-cerita rekaan akhbar. Hampeh! Hasil jalan raya yang teruk memyebabkan motor aku banyak “sakit-sakit” dan aku sebagai tuan punya amat banyaklah mengeluarkan “duit rawatan” bagi membaik pulih kerosakan.
“Overhaul engine” habis RM600, tapi rasanya tak banyak berubah pun enjin tu, tukar “cover set” motor, tayar, habis RM300, dan yang paling mengecewakan aku apabila baru-baru ni sistem elektronik motor rosak! Tukar bateri, CDI, API, plug, memyebabkan lagi RM500 melayang.
p/s: Untuk Yamaha Lagenda ku sayang, tolong jangan buat hal lagi lepas ni. (“,) Untuk duit yang banyak mengalir macam air bocor, ada REZEKI kita jumpa lagi.
**kadang-kadang terlintas dalam fikiran, lepas ni apa pula dugaan yang akan mendatang.
Nukilan: mOsYAd

No comments:

Post a Comment