Tuesday, October 30, 2012

PETUA TEMUDUGA KERJA


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sekalian pembaca,

Terima kasih sebab sudi klik link blog yang agak sepi ni. Malam ni patik terasa gatal jari dan ingin berkongsi pengalaman pergi temuduga kerja, ATAU bak kata Steven Gerrard:

"INTERVIEW"
HURMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM, Cam mano den nak mulo ni

SEBELUM TEMUDUGA KERJA. . . . . . . .
Korang penah tak mengalami situasi seperti ni:

Tengah2 syok melayari mimpi di kala pagi yang dingin, selimut menyelubungi susuk badan yang sesekali mengeliat, tiba-tiba
"Kringggggggggggggg"
            @
nada ringtone telefon anda nyanyian Alif Aziz, "liking-liking, poking-poking" dan sewaktu dengannya.

Mesti waktu tidur korang terganggu kan? lau mimpikan si "dia" tu, hahaha, habis la ...to be continued mimpi korang tu.

"Hello, can I speak with Mr. / Miss (nama korang), I'm Tony Fernandes from AirAsia Airlines, want to invite you for interview session for position CEO, would you like to come and sit for interview?"

Lebih kurang mcm tu la CONTOH ayat omputih dari Recruitment In-charge mana2 syarikat.
Kalau bertuah korang dapat yang suara serak2 basah++SEKSI++MANJA (walaupun saiz empunya badan penelefon tak tau cmne kan).
Kalau agak tak bertuah, suara mOOdy++KASAR (tgah periOd lettew, xpom baru lepas kena marah dengan boss).
Then, decide la korang date and time utk temuduga kerja tu.

MASA TEMUDUGA KERJA. . . . . . . . .
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Yang ni la haku nak kongsi tips sikit.
Haku bukan nak berlagak ke hapeeeeeeeeew, cuma nak wat posting dalam blog ni je, haku dah tak tahu nak tulis entry apa kat blog ni, nak kenal dunia blog, kongsi buah fikiran yang bernas lagi bergeliga yang bermain di minda ini.

Jap!!!! Haku tengah pk situasi masa hari interview tu??????????????????????????????????????????
Macam ni situasi nya:

Si John Paul (bukan nama sebenar) tengah siap2 nak g interview ni,konfirm la dia gelabah hari interview tu, biasa lau pagi kul 9.00pagi ATAU 10.00pagi.
Lau pagi konfirm la korang nebes punya, nak-nak korang overslept lak, terlajak tidoQ bak anggggg.
Tapi sebelum tu, korang kena make sure, paling lambat pun, sehari sebelum hari temuduga kerja tu.

1. RESUME / CV (pastikan yang paling LATEST, TERBARU informasi maklumat pasal korang)
*****paling penting PENGALAMAN KERJA / WORKING EXPERIENCE.
2. SIJIL / CERTIFICATE (yang ni PENTING, banyak calon buat silap)
*****jangan lupa pastikan SIJIL YANG ORIGINAL, ASAL, BERKALER dan YANG FOTOSTAT, COPY, HITAM PUTIH.
*****sijil yang fotostat tu bg kat Company, yang original tu bg dorang review (in case takut korang tipu, xde yg asal, yg fotostat hitam putih je ada).
3. REVISION PASAL COMPANY (yang ni akan ADD-ON untuk korang impress interviewer)
*****korang kena study pasal tempat kerja yang korang nak pergi temuduga tu, info berkenaan dengan Company tu akan membuat korang nampak bersedia untuk interview. WELL PREPARED

p/s: List kat atas tu basic yang perlu ada untuk pergi temuduga kerja. BUSUK2, PALING CINCAI laa.. Ayat budak-budak Generasi-Y, #SuaraKAMI, "Ore Mudo Geng Kito".

hmmm. .. ... .... ..... Apa lagi korang nak tau?

Additional info, untuk fresh graduate, pesanan ringkas dari haku la, korang.............

1. Jangan nak berLAGAK dengan taraf pendidikan korang. (Syukur sebab tak tua dengan belajar kan?)
2. Jangan DEMAND gaji lebih2. (rasional dengan COLA di area Company tu)
3. Jangan MEMILIH KERJA. (tau korang nak yang permanent je, sbb haku pom nakkkk)
4. Yang paling PENTING, kenal pasti industri kerjaya apa kamu nak join.

Ayat iklan pekerjaan yang paling tak best dibaca. ("minimum experience _ years) huruf "S" kat blkg "year" tu.
Kalaulah fresh graduate? agak2 nya berapa "year" dorang ada experience?

Calon fresh graduate jangan risau, ada Company yang bagi peluang kerja, rezeki ni antara lambat dengan cepat je. Korang ingat perumpamaan ni:
"Orang Asli memburu kat hutan pom ada rezeki untuk diri dia, siap rezeki untuk anak bini dia lagi" 

Dan mostly yg bagi peluang untk fresh graduate kerja ni ialah Company MNC (Multinational Company) secara kontrak, tempoh 3-6bulanssssss (lau bertuah / rezeki murah terus serap permanent staff).

Cuma lebih baik kalau fresh graduate yang motivation nak kerja. Serius korang kena ada motivasi, words to convince, terutama sekali bila korang rasa DOWN GILER!!!!
Lagi best kalau ada kawan2 yang menyokong, tambah2 kalau korang jauh dari keluarga. Awek ke pakwe ke yang pandai pujuk korang.
"wala tai asu mi rohmatillah - jangan kamu berputus asa dengan rahmat Allah"

Bagi fresh graduate, korang kena tau salary range bg fresh graduate secara keseluruhan, cuma kena ingat yang lain Company lain salary range offer, sebab dorang kena bersaing dengan competitor dalam industry. tak payah nak minta melampau sgt.

*****salary range untuk fresh graduate (IJAZAH) :RM1,800-RM2,000
*****kalau RM2000 ke bawah, korang ENTITLED utk claim OT (Non Executive Level)
Take note: kalau interviewer tanya "boleh nego x?" korang jwb "TAK BOLEH!!" RM1,800 minimum.
Sebab dorang psikologi korang je tu. Ore Kelate oyak "grhepok" #OhMyKelate

Dalam interview session ni, korang KENA:

1. CONFIDENT / YAKIN DIRI BOLEH
2. TRY TO SPEAK / CAKAP OMPUTIH, ENGLISH, BAHASA INGGERIS, ROJAK MALAY-LISH POM BOLEH
3. PENAMPILAN KEMAS / PAKAI BAJU TERBAIK ANDA ADA (DE' BOOM)

Last sekali, kalau boleh, korang jangan MENGANGGUR, sebab nanti korang akan rugi "years of experience"
nanti interviewer tanya, tempoh tahun sekian-sekian ni (tempoh korang menganggur) ni korang buat apa?
Korang nak demand gaji pom susah.
Interviewer akan pk 2kali la jugak, dan kalau dia ada better candidate? "bercuti panjang lagi la korang.

Kalau dapat, ALHAMDULILLAH, rezeki kau. 
Jangan lupa belanja haku, lau taknak belanja pom, doakan haku murah rezeki. Amin.

p/s: Semua ni berdasarkan pengalaman haku pergi interview A.K.A. temuduga kerja sebelum ni, hampir 20kali kot interview. Nice to sharing.

Best regards,
Mohd Syaiful Adli Bin Abdullah
Usha kedai sebelom interview kat Aeon Bukit Tinggi, Klang.

No comments:

Post a Comment