Friday, October 12, 2012

Interview Oh! Kerja

K.E.R.J.A

Atau cita-cita?
Yang pasti bukan CINTA. Hahahahaha
Masalah kerja sentiasa menganggu fikiran para siswazah atau nama lain nya

::FRESH GRADUATE::

Masalah kekurangan peluang kerja selalu dikaitkan dengan dengan masalah buruh asing, limpahan tenaga kerja luar oleh para Siswazah.
Selain itu, soal pemilihan kerja oleh Siswazah selalu di canang oleh pihak Kerajaan.
Kedua-dua pihak saling menyalahi.

Kalau kita melihat dari segi agama, semua yang terjadi adalah dengan izin Yang Maha Esa atau di panggil

"REZEKI"

Pada pendapat saya, secara peribadinya, para siswazah tidak perlu memilih kerja, kerana mereka perlu mencari pengalaman berkerja untuk menguatkan resume atau CV mereka.
Seorang sahabat kepada saya, menasihati saya dalam mencari kerja

"Syaiful,  nanti bila masuk alam pekerjaan, jangan memilih kerja, kerja je dulu, cari pengalaman kerja, jangan menganggur lama sangat, nanti resume/CV kamu tu jadi tak berapa impress sebab kekurangan "Years of Experience".

Years of Experience apabila di Google Translate kan jadi "Pengalaman Berkerja" yang mana merupakan isi penting dalam sesebuah karangan membentuk resume/CV yang baik.

Cuba pastikan dalam memilih kerja itu berkaitan dengan apa yang kita belajar dan apa yang kita minat, sekurang-kurangnya ada "bau-bau bacang". Ini kerana yang pentingnya adalah ilmu, pengalaman semasa berkerja itu yang membantu kita menjadi pekerja yang baik untuk masa hadapan.

Gaji yang diterima mungkin sedikit, tidak berbaloi dengan kerja, tetapi semua itu rezeki dari Allah S.W.T.

"mungkin apa yang kita rasa baik untuk kita sebenarnya buruk untuk kita, dan sesuatu yang kita rasa buruk  bagi kita adalah sebenarnya baik bagi kita, sesungguhnya Allah sahaja yang lebih mengetahui"

p/s: wala tai asu mi rohmatillah - jangan kamu berputus asa dengan rahmat Allah

No comments:

Post a Comment