Monday, May 30, 2011

2011 – BAHAGIAN 2

community service

bersama ImtiazZ

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua warga negara Malaysia dan bukan warga Malaysia.
OPKIM kembali lagi, sambungan bahagian 1, bahagian 2 ni nak bagi “description” pasal program anak-anak angkat UiTM ni. Semester 4 memang mencabar keupayaan fizikal para pelajar dimana kami dikehendaki menyertai modul ko-kurikulum berbentuk program kemasyarakatan. Berbanding semester-semester lepas, dimana pelajar tahun 2 semester 4 biasanya akan menjayakan modul berbentuk LDK, tetapi semester ni UiTM mengubah modul LDK dalam kelas menjadi modul anak angkat, luar dari kelas. Program anak angkat ini dikenali sebagai OPKIM.
Semester ini saya dipertanggungjawab mengurus program OPKIM, iaitu OPKIM PERDANA SELANGOR 2011, dengan kerjasama UMNO Selangor pada 11-13 Mac lalu. (Hehe, ketua ni., jangan jeles) Untuk program OPKIM ini, melibatkan sebanyak 35 DUN negeri Selangor, iaitu sebanyak 35 kumpulan kelas semester 4 FPP UiTM Shah Alam. Kawasan dun yang bertuah menjadi pilihan kami, ialah Dusun Tua.
Walau bagaimanapun, pelbagai masalah melanda sebelum tarikh kejadian. (Ce cite.. Ce cite..) Pada suatu pagi yang indah, kelas saya tengah hari, lepas pukul 2 tu, saya terima khabar yang saya terpilih mewakili kelas BM223/4A ke mesyuarat OPKIM, dan diberi penerangan bersama wakil-wakil kelas yang lain. Yang tak seronoknya, dia orang semua ada jumpa wakil dari DUN masing-masing. Saya dan 7 orang yang lain tiada wakil. Memang tak dapat la nak berbincang pasal aktiviti OPKIM tu. Nasib baik makanan disediakan sedap, bahagia perut menjamu selera (“,)
ISNIN minggu ketiga:
Dua minggu berlalu, hujung minggu depan dah nak berOPKIM nya. Nervous la, dengan wakil YB Dun Dusun Tua tak dapat nak hubungi. Saya terus pergi pejabat Timbalan Dekan FPP, Dr. Samad, dia yang bagi nombor telefon YB. Sebab saya tanya ketua penyelaras OPKIM, dia tiada no YB tu. Selepas hubungi YB, dia marah beritahu dia program ni last minutes. (Dalam hati, aku ke kena cakap kat dia? Patutnya pihak UMNO Selangor la) tahan je telinga kena marah! Sabar! Sabar!
SELASA minggu ketiga:
Selepas cakap elok-elok dengan YB, bagi butiran OPKIM, YB suruh telefon PA dia, habis kredit telefon. PA YB menolak pada mulanya kerana dia cakap YB ada program lain. Tapi pada sebelah malamnya pukul 11, truuut! truuut! Mesej masuk, “ni no fon ketua JKKKP” dari PA Tuan Hj. Yusuf
RABU minggu ketiga:
Bersama penolong ketua, setiausaha, bendahari yang comel, cantik, gojes, membantu menbuat tentatif, aktiviti. Siap program untuk OPKIM 3 hari 2 malam bermula Jumaat ni. Jam 5.30 petang, mesej masuk lagi, dari ketua penyelaras OPKIM PERDANA, “Syaiful, Dun awak boleh ambil 2 lagi group sbb YB kawasan mereka tidak menolak program opkim”. Oh TIDAK!!!
Tambahan 2 kumpulan lain menjadi jumlah pelajar seramai 105. Nasib baik pihak kampung Dusun Tua menerima kami, tapi tiada keluarga angkat, hanya tinggal di chalet. Dan ketua-ketua kumpulan memberi kerjasama yang baik, baik 2,3 hari sebelum OPKIM, semasa program OPKIM.
KHAMIS minggu ketiga:
Ke Dusun Tua, nasib baik 1 kelas je, buat surat pelepasan untuk kelas. Ketua JKKKP baik, siap belanja kami makan lagi. Terima kasih atuk (dia suruh panggil dia atuk)
JUMAAT, SABTU, AHAD minggu ketiga:
Program OPKIM PERDANA SELANGOR 2011 berjalan serentak di 35 DUN (padahal 33 DUN je)
p/s: Terima kasih bam, bella, dan kak syafa. Terima kasih para peserta yang memberi kerjasama yang amat baik! Merci beaucoup mes amis. (“,) dan TAHNIAH geng Retailer menang persembahan terbaik!

No comments:

Post a Comment